Friday, 26 October 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Pok Su ucapkan selamat hari raya aidil adha pada semua muslim dan muslimat di Malaysia, khas nya pada peminat burung candik. Dah banyak hari hujan, Pok Su pun tak senang duduk kerana tak boleh pergi tanding candik...
Bosan juga duduk rumah hujan2 gini. Tapi alhamdulillah, hari ni cuaca elok. Rahmat dari DIA untuk kita lebih sempurna meraikan hari raya aidil adha.

Pok Su harap di hari raya aidil adha ni atau juga di panggil raya korban, dapat lah para pengadil yang berkenaan berkorban sama...
Borkorban dengan tidak menggunakan tipu muslihat dalam mengadili pertandingan burung candik. Pengadil di lantik, untuk mengadili dan bukan untuk menipu!! Kenapa sanggup menipu dan biarkan nama sendiri tercemar semata mata duit RM 20 / RM 30?
Adakah semurah itu harga diri kita?? Di depan orang senyum pada kita, tapi di belakang orang hina keji kita gara gara suka menipu??

Tapi tak tau lah kalau duit sebanyak itu amat besar pada pengadil, hingga tak peduli di hina orang!! Ketahui lah wahai pengadil, pemain / peminat candik di zaman sekarang tidak lagi sebodoh 10 @ 15 tahun lepas. Jangan sampai di lempar dengan batang kayu dari belakang dah ler.... 

Wassalam.

Thursday, 11 October 2012

PENIPUAN PENGADIL DALAM PERTANDINGAN 
i) Terpaksa Menipu

Salam dari Pok Su untuk peminat burung candik tak kira di mana berada. Kali ini Pok Su akan sambung lagi tulisan berkenaan penipuan pengadil dalam pertandingan, tapi bab terpaksa menipu.

Pengadil ni akan ramai orang yang kenal, dan pengadil juga akan kenal dengan ramai orang. Tapi ada juga peserta pertandingan yang akan cuba merasuah secara tak lansung para pengadil. Cara nya ialah, setiap kali masuk kedai kopi jika pengadil ada dalam kedai, orang ini akan belanja makan minum pengadil. Kalau sesekali tak ada masalah, tapi kalau setiap kali jumpa akan di belanja, pengadil pun jadi segan.

Jadi, nak tak nak pengadil kena balas budi orang yang sering belanja dia di kedai. Cara nya senang, walau burung orang tu buka mulut pun tak, liar macam jin sekalipun, tetap markah akan di berikan 3 dalam pertandingan!!
Ini yang dikata membalas budi...

Sekian dulu dari Pok Su.
Wassalam 

Wednesday, 10 October 2012

PENIPUAN PENGADIL DALAM PERTANDINGAN
ii) Sengaja Menipu

Salam dari Pok Su untuk peminat burung candik semua. Kali ni Pok Su masih lagi menulis tentang penipuan pengadil dalam pertandingan bahagian (ii). Kerana ada tiga bab yang akan Pok Su menulis pasal penipuan pengadil ni, iaitu SENGAJA MENIPU, TERPAKSA MENIPU DAN DI SURUH MENIPU. Pok Su rasa macam cikgu pulak bila cakap gini...

Dalam bahagian (i) Pok Su mengatakan kena perhatikan burung milik pengadil, tapi cara itu agak susah sedikit jika kita tidak kenal siapa pengadil. Untuk kenal siapa pengadil, kita haruslah sering menyertai pertandingan tak mengira lah pertandingan kecil atau besar. Dari situ kita akan kenal pengadil pengadil.

Mari kita cakap bahagian (ii) pula. Untuk mengesan cara ini pun agak susah juga, tapi jika rajin diperhatikan memang akan senang dikesan. Orang Kelantan cakap nampok atas darat!!
Bila kita sudah kenal pengadil, kita juga kena kenal kawan kawan pengadil. Bukan kawan biasa, tapi kawan yang agak rapat. Cuba perhatikan burung kawan pengadil. Dijamin pengadil akan memberikan markah pada burung candik kawan dia!! Contoh nya jika burung kawan pengadil hanya memanggil, tapi pengadil gerenti akan berikan markah 1 atau 2 markah. Ada juga pengadil yang berikan 3 markah, tapi pengadil yang berikan 3 markah, memang jahanam punya!
Dan jika burung kawan pengadil hanya kukuk / bunyi 1 kali sahaja, pengadil gerenti akan berikan markah penuh 3. Selalu nya burung kawan pengadil akan dapat hadiah.
Bukan maksud Pok Su semua burung pengadil dan semua burung kawan pengadil tak bagus, tapi burung mereka ni dapat hadiah dengan cara tak jujur.

Sebenar nya, bukan orang tak nampak apa yang pengadil ni lakukan, tapi orang ramai malas jadi kecoh hanya kerana burung candik. Cuma pengadil dan kawan pengadil saja yang muka tak malu dan buat muka tembok....
Kadang kadang Pok Su rasa, buat apa beli burung candik harga 3 / 4 ribu seekor, sedangkan orang lain main kotor gini? Tapi bila di fikirkan semula, biarlah masa yang menentukan nanti. Pok Su yakin, satu hari nanti mereka ni akan mendapat malu dan pasti nya akan bergaduh masa pertandingan. Masa tu, Pok Su nak tengok dengan senyum lebar sj...

Pok Su yakin jika ada pengadil yang membaca tulisan Pok Su ni akan marah. Tapi pada pendapat Pok Su kenapa nak marah jika kita tidak menipu dalam pertandingan? Pok Su tak tuduh semua pengadil menipu, tapi setakat Pok Su menyertai pertandingan burung candik, tak sampai 10 orang pun pengadil yang jujur dalam pertandingan dalam perhatian Pok Su!! 
Pok Su memang amat marah dengan pengadil dan kawan pengadil yang sikap begini, tapi apakan daya. Pok Su hanya peserta pertandingan dan bukan penganjur / nebon.
Jika Pok Su penganjur / nebon pertandingan, Pok Su akan senarai hitam pengadil yang begini.
Tak payah guna khidmat mereka. Menyakitkan hati saja.

Setakat ini dulu dari Pok Su.
Wassalam. 


  
 

Monday, 1 October 2012

PENIPUAN PENGADIL DALAM PERTANDINGAN
i) Sengaja Menipu

Salam dari Pok Su untuk semua peminat burung candik....
Sudah agak lama Pok Su tak menulis, agak sedikit sibuk kebelakangan ni. Kali ni Pok Su nak menulis tentang tajuk PENIPUAN PENGADIL DALAM PERTANDINGAN.

Ada banyak cara untuk pengadil menipu dalam pertandingan. Kenapa pengadil mahu menipu, sedangkan dia sudah di bayar gaji? Ada beberapa faktor pengadil sengaja menipu, terpaksa menipu dan disuruh menipu......

Maksud sengaja menipu begini maksud nya,
Untuk mengesan cara menipu ini, kita kena perhatikan burung candik milik pengadil sendiri yang menyertai pertandingan. Tapi kita harus kenal pengadil - pengadil ini. Bila kita kenal pengadil, jadi pasti nya kita lihat pengadil meletak kan  burungnya di penyangkut mana dalam pertandingan.

Kebiasaan nya, jika ada 4 orang pengadil dalam sesuatu pertandingan tersebut, boleh dikatakan semua pengadil akan memberikan markah istemewa kepada burung sesama pengadil.
Markah yang di berikan akan melayakkan burung tersebut akan mendapat hadiah. Biasa nya mereka melakukan untuk hadiah saguhati atau pun melayak kan masuk cing @ final.
Ok lah tu, duit gaji sebagai pengadil dah dapat, dapat pula hadiah saguhati.

Kenapa menipu hanya untuk hadiah saguhati?
Kenapa tak menipu untuk mendapat hadiah dalam nombor utama?
Jawab nya, kerana jarang pengadil ada burung candik yang bagus!! Sikap pengadil ni, mereka akan cepat menjual burung milik mereka bila ada orang yang bertanya. Bila burung pengadil sering mendapat hadiah saguhati atau kadang - kadang masuk cing, burung tu akan menjadi mahal. Burung pengadil la katakan....
Inilah tujuan pengadil sengaja menipu dalam pertandingan, untuk supaya burung candik milik sendiri laku dijual mahal. 
Bukan semua nya burung pengadil tak bagus, tapi boleh dikira dengan jari pengadil mana yang ada burung bagus.

Baiklah, setakat ini dulu Pok Su menulis. Nanti Pok Su sambung lagi hal penipuan pengadil ni.

Wassalam.