SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Salam pada semua pemain candik....
Rasa nya belum terlambat untuk Pok Su ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin pada semua kawan kawan yang mengenali diri Pok Su. Salah dan silap Pok Su harap di maafkan. Maklumlah, kita sebagai manusia tak lepas dari melakukan kesilapan sama ada di sengajakan atau sebalik nya.
Di bulan dan hari yang mulia ini, marilah kita sama sama bermaafan sesama kita. Apa yang mampu kita maafkan, kita maafkan. Jika ada antara kesalahan orang pada kita, tidak mampu kita maafkan, biarlah DIA saja yang tentukan. Kerana kita hanya manusia biasa, ada batas kesabaran dan prinsip tersendiri.
Jadi sebelum berkata @ berjanji @ atau lakukan apa saja, berfikir lah dengan mendalam....
Bila nasi sudah menjadi bubur, sudah tak guna untuk berpatah balik!!
Wassalam.
Pycnonotus jocosus (Red Whiskered Bulbul).
Friday, 24 August 2012
Saturday, 4 August 2012
SIAPA BOLEH MENGAKU YANG DIA PANDAI ASUH @ DIDIK CANDIK?
Salam pada semua pemain candik....
Dalam hal ni,agak ramai yang akan mengaku "aku lah yang terbaik pandai asuh candik,pasal tu candik aku sering berada dalam nombor"...
Betul ke? Memang mereka ni tak akan beritahu terus terang, tapi tengok sajalah cara orang sebegini bercakap bila candiknya dapat nombor 1 atau nombor 2 dalam pertandingan.
Pada orang orang yang macam Pok Su ni, yang lebih banyak kalah daripada dapat hadiah, akan melopong macam orang bodoh dengar orang macam ni bercerita hal candik dia yang dapat jadi juara.
Waktu tu, kita nak makan minum apa pun boleh, janji layan dia bercerita tentang kehebatan candik dia. Ramai yang macam ni....
Pada pandangan Pok Su, asuh @ didik candik hanyalah 10% daripada faktor kemenangan. Kenapa?
Macam ni, cuba kita tanya pada orang tu, berapa harga dia beli burung tu dulu? Walau pun dia akan tipu harga dia beli, tapi Pok Su yakin burung tu harga nya bukan RM100!!
Kebiasaanya bila burung harga mahal, persembahan burung tu dalam pertandingan juga bagus. Bukan semesti nya burung mahal comfirm akan jadi juara, tapi itulah hakikat yang patut kita terima.
Ada juga sesekali burung harga mahal, tapi bila masuk pertandingan, burung tu macam mogok!!Saguhati pun tak dapat... Tapi boleh di kira dengan jari berapa kali burung yang harga mahal kalah.
Kalau macam tu, candik yang harga murah macam candik Pok Su tak ada harapanlah nak jadi juara? Begitu ke?
Begini maksud Pok Su, bukan tak ada candik yang harga murah boleh jadi juara, tapi susah sikit. Contohnya begini, kereta BMW walau harga nya beratus ribu, tapi ada masa nya juga rosak dan kena hantar bengkel. Tapi jarang rosak. Tak macam kereta kancil contoh nya, acap kali kena hantar bengkel.
Begitu juga dengan candik yang mahal, ada waktu dan ketika nya dia mogok. Kita mana tau masalah haiwan ni bila dia mogok. Kita bukan faham apa dia cakap! Kita faham ke kalau candik cakap dia sakit perut? Pasal tu dia mogok.
Begitu juga dengan candik yang harga murah, ada masa dan waktu nya dia akan benar benar sihat, manakala candik yang disebelah menyebelah kita pulak mogok, apalagi....
Candik kita pun perform baguslah!
Berbalik pada hal orang yang gah bercerita yang dia pandai asuh candik. Cuba tanya, berapa ekor candik ada dia bela kat rumah?
Biasanya pemain candik tak akan ada 1 ekor atau 2 ekor candik saja kat rumah. Pok Su sendiri ada dekat 20 ekor candik!
Katakanlah dia bagitau, dia ada bela 10 ekor candik. Jadi jika dia pandai sangat asuh candik, kenapa tak semua candik nya yang 9 ekor lagi tak menjadi macam yang candik jadi juara ni?
Nampak tak apa maksud Pok Su?
Jadi "nasib baik" juga memainkan peranan penting.
Untuk candik menjadi juara pada hari berkenaan bergantung pada beberapa faktor juga, antara nya
a) Jika pada hari tu, candik orang lain yang berada di sebelah menyebelah kita kebetulan candik muda, ada harapan candik kita akan "kekek" @ "ngeje" pada hari itu. Sudah menjadi lumrah, candik yang tua akan marah pada candik yang lebih muda dari dia.
Dan pastinya candik muda yang berada di sebelah menyebelah kita akan banyak lompat, diam atau hanya memanggil saja.
b) Candik yang berada di sebelah menyebelah kita rajin bunyi, candik kita pula suka melawan. Apalagi, sama sama nak tunjuk hero lah jadi nya.
c) Cuaca. Ada sesetengah candik suka bila kena panas terik, candik ni dipanggil jenis "diesel". Kalau tak kena panas yang mencukupi, dia tak akan bunyi @ galak.
Jika kebetulan pada hari tu cuaca mendung atau tak dapat tempat yang sesuai kena panas dalam pertandingan, ertinya burung tu tak akan galak seperti yang di harapkan oleh tuan nya, walaupun candik tu harga nya mahal!!
Begitulah sebalik nya, jika candik tak suka cuaca panas, perlu cari tempat terlindung dari panas terik masa pertandingan.
d) Kosek atau tak kosek (usik burung supaya bergerak & terkejut)
Semua pemain candik akan kenal secara lebih kurang candik miliknya. Misalnya candik kita memang tak kosek, tapi candik sebelah kosek, ertinya jadi haru biru kita jadinya!!
Cara nya, semasa meletak candik di penyangkut dalam pertandingan, ringankan lah mulut bertanya pada tuan burung sebelah kita. Burung dia kosek ke tak? Kalau dia bagitau candik dia kosek, alihkan lah candik kita ke tempat lain.
Begitulah sebalik nya.
e)Aggoh (sorak,tepuk tangan, panggil nama burung & sebagai nya)
Memang lah candik ni tak faham bahasa kita, tapi bila kita "aggoh" akan memberi effect juga pada candik tu untuk bunyi.
Seperti kita tengok bola di stadium, kita cakap apa pun, maki pun, bukan pemain kat padang dengar. Tp yang mereka dengar hanya bunyi sorakan, seolah memberi semangat.
Candik juga perlu kita bagi semangat, panggil nama candik kita tu (hampir semua candik ada nama yang diberi tuan).
Tepuk tangan atau apa saja.
Kesimpulan nya, tidak ada orang yang boleh mengaku yang dia pandai asuh @ didik candik. Semua bergantung pada beberapa faktor dan nasib. Jika ada yang gah berbual begitu, beredar saja.

Friday, 3 August 2012
SIAPA POK SU?
Salam pada semua kawan kawan yang sering masuk pertandingan burung merbah jambul atau burung candik.
Tujuan Pok Su buka blog ni bukanlah untuk menunjuk pandai perihal burung candik ni, kerana Pok Su memang tak pandai pun!!
Sering masuk pertandingan, tapi sering juga kalah... Alahai, nak buat macam mana, dah memang tak pandai asuh @ didik burung.
Pok Su minat dengan burung candik ni pun baru juga, jadi segala tulisan dalam blog Pok Su ni anggap saja sebagai hiburan semata.
Segala apa yang bakal tertulis dalam blog Pok Su ni, ADALAH PENDAPAT PERIBADI POK SU SENDIRI SERTA DARIPADA PEMERHATIAN POK SU SEMASA MENYERTAI PERTANDINGAN DAN BERGAUL DENGAN KAWAN KAWAN.
Salah satu sebab Pok Su suka dengan hobi ni kerana boleh jumpa dengan ramai kawan baru semasa menyertai pertandingan.
Tak kira lah pertandingan besar atau pertandingan kecik.
Walau baru kenal kawan, Pok Su dah boleh berbual panjang. Hanya hal burung candik.....
Lebih baik ramai kawan daripada ramai musuh kan? Hobi ni juga Pok Su boleh mengenali bermacam ragam manusia. Maklum lah, umur Pok Su pun dah senja, dah tak larat nak ikut perangai masa zaman muda dulu.
Pok Su juga sedar, mungkin apa yang akan tertulis dalam blog ni tidak di sukai oleh segelintir orang. Tapi tak apa lah, tak ada siapa yang mampu puaskan hati semua orang kan?
Hiburan semata!!
Pok Su hanya akan menulis perihal burung candik "butir" saja. Pok Su tak akan menulis perihal burung candik "air suara".
Kerana Pok Su hanya masuk pertandingan "butir".
Pok Su harap blog ni akan memberi faedah walau hanya sedikit pada para peserta pertandingan burung candik.
Pok Su juga minta maaf, kerana tidak mampu untuk bincangkan hal pertandingan burung candik di negeri lain. Kerana Pok Su hanya main di Kelantan saja. Walau pun Pok Su tau ada antara pengadil burung candik yang di jemput ke negeri lain adalah kenalan Pok Su juga. Pok Su lebih suka guna kan nama burung candik, kerana Pok Su orang Kelantan. Nak guna nama burung merbah jambul, rasa panjang pula nak tulis. Maaf lah ye.
Dalam blog ni, Pok Su akan cuba menulis antara nya tentang
TEORI PEMAIN BURUNG CANDIK SUPAYA BURUNG BOLEH JADI JUARA.
INFO MAKANAN BURUNG CANDIK YANG DI JUAL DI KEDAI
INFO MAKANAN BURUNG CANDIK BUATAN SENDIRI
PENIPUAN PEMAIN DALAM PERTANDINGAN
PENIPUAN PENGADIL DALAM PERTANDINGAN
PENIPUAN PENGANJUR DALAM PERTANDINGAN
PENIPUAN ORANG YANG MAHU MENJUAL BURUNG CANDIK
CONTOH RISALAH PERTANDINGAN SETIAP PADANG @ BON PERTANDINGAN
ANTARA MASALAH SETIAP PADANG PERTANDINGAN
ANTARA PADANG PERTANDINGAN YANG TOP
KENAPA PADANG PERTANDINGAN KURANG PESERTA YANG DATANG
Dan banyak lagi, asalkan Pok Su panjang umur, sihat boleh menulis dalam blog ni.
Setakat ni dulu pengenalan hal Pok Su. Tak perlu panjang lebar, bukan artis pun. Tak perlu lah di tanya siapa Pok Su, tinggal mana, atau detail hal Pok Su. Cukup lah sekadar kenal Pok Su dalam blog ni. Lagi pun blog ni hanya hiburan, itupun kalau terhibur dengan cerita 'wayang kulit" Pok Su ni.
Wassalam.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)