Friday, 3 August 2012

SIAPA POK SU?

Salam pada semua kawan kawan yang sering masuk pertandingan burung merbah jambul atau burung candik.
Tujuan Pok Su buka blog ni bukanlah untuk menunjuk pandai perihal burung candik ni, kerana Pok Su memang tak pandai pun!!
Sering masuk pertandingan, tapi sering juga kalah... Alahai, nak buat macam mana, dah memang tak pandai asuh @ didik burung.

Pok Su minat dengan burung candik ni pun baru juga, jadi segala tulisan dalam blog Pok Su ni anggap saja sebagai hiburan semata.
Segala apa yang bakal tertulis dalam blog Pok Su ni, ADALAH PENDAPAT PERIBADI POK SU SENDIRI SERTA DARIPADA PEMERHATIAN POK SU SEMASA MENYERTAI PERTANDINGAN DAN BERGAUL DENGAN KAWAN KAWAN.

Salah satu sebab Pok Su suka dengan hobi ni kerana boleh jumpa dengan ramai kawan baru semasa menyertai pertandingan.
Tak kira lah pertandingan besar atau pertandingan kecik.
Walau baru kenal kawan, Pok Su dah boleh berbual panjang. Hanya hal burung candik.....

Lebih baik ramai kawan daripada ramai musuh kan? Hobi ni juga Pok Su boleh mengenali bermacam ragam manusia. Maklum lah, umur Pok Su pun dah senja, dah tak larat nak ikut perangai masa zaman muda dulu.

Pok Su juga sedar, mungkin apa yang akan tertulis dalam blog ni tidak di sukai oleh segelintir orang. Tapi tak apa lah, tak ada siapa yang mampu puaskan hati semua orang kan?
Hiburan semata!!

Pok Su hanya akan menulis perihal burung candik "butir" saja. Pok Su tak akan menulis perihal burung candik "air suara".
Kerana Pok Su hanya masuk pertandingan "butir".
Pok Su harap blog ni akan memberi faedah walau hanya sedikit pada para peserta pertandingan burung candik.


Pok Su juga minta maaf, kerana tidak mampu untuk bincangkan hal pertandingan burung candik di negeri lain. Kerana Pok Su hanya main di Kelantan saja. Walau pun Pok Su tau ada antara pengadil burung candik yang di jemput ke negeri lain adalah kenalan Pok Su juga. Pok Su lebih suka guna kan nama burung candik, kerana Pok Su orang Kelantan. Nak guna nama burung merbah jambul, rasa panjang pula nak tulis. Maaf lah ye.

Dalam blog ni, Pok Su akan cuba menulis antara nya tentang
TEORI PEMAIN BURUNG CANDIK SUPAYA BURUNG BOLEH JADI JUARA.
INFO MAKANAN BURUNG CANDIK YANG DI JUAL DI KEDAI
INFO MAKANAN BURUNG CANDIK BUATAN SENDIRI
PENIPUAN PEMAIN DALAM PERTANDINGAN
PENIPUAN PENGADIL DALAM PERTANDINGAN
PENIPUAN PENGANJUR DALAM PERTANDINGAN
PENIPUAN ORANG YANG MAHU MENJUAL BURUNG CANDIK
CONTOH RISALAH PERTANDINGAN SETIAP PADANG @ BON PERTANDINGAN
ANTARA MASALAH SETIAP PADANG PERTANDINGAN
ANTARA PADANG PERTANDINGAN YANG TOP
KENAPA PADANG PERTANDINGAN KURANG PESERTA YANG DATANG

Dan banyak lagi, asalkan Pok Su panjang umur, sihat boleh menulis dalam blog ni.
Setakat ni dulu pengenalan hal Pok Su. Tak perlu panjang lebar, bukan artis pun. Tak perlu lah di tanya siapa Pok Su, tinggal mana, atau detail hal Pok Su. Cukup lah sekadar kenal Pok Su dalam blog ni. Lagi pun blog ni hanya hiburan, itupun kalau terhibur dengan cerita 'wayang kulit" Pok Su ni.

Wassalam.   

 





 

2 comments:

  1. Salam...pok su crito xdea abih lg ni..crito baru nk start poksu breti doh tulis bab burung nih..prabih gk crito pasa burung ni dulu pok su dia tu..

    ReplyDelete
  2. Hooo...yolo tu abe irman...
    Candik hok kito tuo bedooh poksu... kalu kito kapit nge candik mudo, senyap dik candik mudo tu keno ngeje ko dio... pah candik tu senyap, hok kito pung jd slow... mugo gu tk lawe.. dio pung baik hati slaluh... nok guano eh poksu? Ko keno kapit nge candik tuo pulok?

    ReplyDelete