Saturday, 20 July 2013

BERDOSA KE BELA BURUNG NI?

salam pada semua peminat burung candik. Pok Su ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia pada semua. Semoga kita semua berjaya lalui bulan ini dengan bijaksana.
Kali ini Pok Su nak berceloteh tentang BERDOSA KE KITA BELA BURUNG NI?
Tak kira lah burung merpati ke, terkukur ke, ketitir ke, murai batu ke burung apa saja...
Tak termasuk burung yang dalam seluar yer!
Rasa nya ramai yang ada jawapan bermacam versi.

Ini jawapan dan pendapat dari Pok Su yang dah tua bangka ni dan terlalu jahil hal agama. 
Maaf pada yang tak sependapat dengan Pok Su. Tapi Pok Su yakin ramai yang terlepas pandang
 ( pinjam ayat yang selalu menteri gunakan ) apa yang akan Pok Su beritahu ni nanti.

Ramai orang alim cakap, bela burung ni berdosa kerana :

1. Kita kurung dia dalam sangkar yang kecil ( walau selebar mana pun, sangkar emas sekali pun ).
Burung perlu di biarkan terbang bebas. 
2. Burung perlu di biar cari makan sendiri apa yang dia mahu makan.
Walau kita berikan makanan dedak mahal dan terbaik, buah naga atau buah kiwi sekali pun!
3. Burung perlu ada pasangan, untuk membiak secara normal.
Walau kita sediakan pasangan untuk burung tu, dia perlu bebas memilih sendiri pasangan.
4. Mereka perlu di biar hidup bebas.
Ini antara sebab yang selalu kita dengar.

Pendapat Pok Su pula begini :

Memang berjuta kali benar kata - kata semua tu!!
Tapi.....
Manakah lebih baik mempunyai hobi bela burung, bertanding suara burung ( bukan laga haiwan )
daripada hobi minum arak, berjudi, main dadah, mencuri, mengumpat di kedai kopi, merempit dan sebagai nya?? 
Jika ada dosa besar dan dosa kecil, adalah lebih baik pilih dosa kecil.
Walau sebaik nya jauh kan sebarang dosa. 
Manusia seperti kita tidak mampu untuk menjadi maksum @ tidak ada dosa.
Walau kita sebagai imam besar sekalipun, pasti tak akan lepas dari lakukan dosa.

Jika bela burung berdosa, macam mana pula dengan kita bela kerbau, lembu, kambing dan ayam atau sebagai nya? Adakah perlu kita ikat tali di leher atau hidung mereka dengan tali dan kurung mereka dalam kandang atau reban?
Walau pun kita berikan mereka makan rumput segar dan dedak bagus?
Adakah Allah menyuruh kita buat begitu?
Bukan kah mereka patut di biarkan hidup bebas.
Bukankah mereka juga makhluk Allah?

Bukan kah setiap makhluk tak kira haiwan, tumbuhan, batu dan jin di jadikan Allah untuk kegunaan atau faedah manusia?

Ini yang kita terlepas pandang walau setiap hari kita pandang!
Cuba lihat pokok bunga yang mak, bini, kakak, jiran, sepupu kita tanam dalam pasu...
Kalau berani, cuba pecah kan satu pasu bunga yang ada pokok bunga kertas ke apa, cuba lihat bentuk akar pokok tu.
Akar pokok tu akan seperti segumpal rambut. Bergumpal sesama sendiri kerana sempit dalam pasu. Bukan kah pokok itu patut di biar tumbuh di mana saja dan akar nya di biar menjalar sesuka hati? Tak berdosa kah kita?
Bukankah pokok itu pun makhluk Allah?

Kesimpulan nya adakah berdosa bela burung, terpulang pada individu itu sendiri. 
Tepuk dada tanya selera. Pok Su sendiri tidak ada jawapan yang pasti.

Wassalam, maaf diatas pendapat Pok Su yang dah tua, nyanyok dan jahil agama ini. 
Di harap celoteh Pok Su ini akan berikan sedikit faedah tentang persoalan yang selalu bermain di fikiran semua.
  


 

No comments:

Post a Comment