Thursday, 27 June 2013

BERITAHU HARGA BURUNG CANDIK KITA...

           BERITAHU HARGA BURUNG CANDIK KITA...

Salam pada semua pemain burung candik.....
Kelmarin ada kawan Pok Su tanya, "perlukah kita menunjuk- nunjuk beritahu harga burung candik kita pada orang ramai"? 
Agak komplek juga soalan tu, kerana ada pro dan kontra jawapan nya. Tak apa lah, Pok Su cuba jawab mengikut pada pemikiran Pok Su sebagai orang yang dah berumur.

Jika burung candik kita berharga RM 15,000 seekor...

Kebaikan @ keuntungan yang kita akan dapat:
Orang pasti akan cakap atau memuji kita, contoh nya...
"Banyak betul duit kau, burung harga RM 15,000 pun sanggup beli"....
" Kaya la kau"....
Ramai orang akan kerumun kita nak tengok rupa burung mahal....
Burung kita akan selalu berada dalam nombor 1....
Kembang kempis lubang hidung kita kena puji.

Keburukan @ kerugian yang kita akan dapat :
Jika burung kita dapat nombor 1, orang akan cakap " apa nak hairan, burung mahal memang layak dapat nombor 1"....
Tapi jika burung kita dapat nombor 2 atau 3, orang akan cakap " burung mahal gila, tapi cuma dapat nombor 2 atau 3 saja"? Dan jika kebetulan burung yang dapat nombor 1 hanya berharga RM 1,500, orang akan cakap pula " burung RM 15,000 pun tak guna juga, kalah dengan burung harga murah"....
Seperti yang kita sedia maklum, kita beli burung harga sebegitu mahal pasti nya kita tak harap kan dapat nombor 2 atau 3 atau lebih teruk saguhati!!!
Kita memang mahu nombor 1. Kena dengan harga burung tu. Kita tak perlu hipokrit, bila dapat bukan nombor 1, dengan kata- kata " burung dah penat, main hari- hari " atau " bukan rezeki "....
Kalau nak di kira soal rezeki, tak perlu beli harga burung sampai belasan ribu.

Kalau Pok Su ada burung harga sebegitu, masa pertandingan Pok Su duduk kedai kopi saja. Pok Su tak akan duduk tengah panas nak kosek burung atau aggoh burung. 
Agak masa pertandingan dah nak tamat, Pok Su terus pergi nak ambil hadiah nombor 1 saja!
Bunyi ayat tu agak bodoh, tapi apa guna beli yang mahal kalau setakat dapat bukan nombor 1?

Pok Su sendiri biasa dan acap kali dapat nombor 1 dalam pertandingan. Pernah dapat hadiah motor. Tapi Pok Su juga biasa dapat hadiah saguhati atau tak dapat hadiah apa pun!!
Burung candik Pok Su tak mahal, cuma harga RM 4,000.
Biasa juga orang tanya harga burung Pok Su beli, Pok Su cuma jawab tak mahal, cuma RM 1,500.
Bila ada orang sanggup bayar 2 kali ganda, Pok Su tak jual. Tak jual kerana dua sebab...
Dua anak Pok Su juga main candik, jadi burung ni semua untuk mereka.
Tak kan beli RM 4,000 nak jual RM 3,000 kan?

Tujuan Pok Su tipu harga burung kerana takut burung tak dapat hadiah, orang akan mengumpat. Biasa la, yang main burung candik ni bukan malaikat.

Jadi kesimpulan nya, lebih baik tak perlu kita mengwar - war kan atau palu gendang bagi tahu harga burung candik kita. Merendah diri itu adalah terlebih baik.

Walau macam mana sekali pun, ini pendapat peribadi Pok Su. Masing - masing ada pendapat. Seperti kata satu orang ni yang Pok Su pernah dengar " duit aku, aku punya suka la ".
Bila dengar ayat macam ni, Pok Su cuma boleh kata " NO COMMENT"!

Wassalam.

No comments:

Post a Comment