Thursday, 13 June 2013

SINDIRAN ORANG PADA POK SU KERANA MENULIS

SINDIRAN ORANG PADA POK SU KERANA MENULIS.

Salam pada semua pemain burung candik. Sudah begitu lama Pok Su tak menulis, bukan tak ada idea, bukan jemu, dan bukan sibuk sangat...
Cuma ada sedikit masalah perihal penulisan dalam blog ni. Ada juga antara pemain candik yang dapat mengenal cara Pok Su menulis. Jadi mereka menyindir Pok Su. Naik panas juga telinga mendengar sindiran mereka ni. Antara sindiran mereka ialah..

* Kalau rasa bon / padang pertandingan di kampung A misal nya menipu, jangan main la di padang tu... Main la di tempat lain....
Mereka ni seolah rela di tipu, atau mereka memang suka menipu?
Kerana yang menyindir Pok Su tu, burung mereka setau Pok Su, nak dapat hadiah saguhati pun susah!! Apatah lagi nak dapat hadiah dalam nombor 1, 2, 3 !!!!
Jadi pada fahaman Pok Su, mereka ni antara dua, MEMANG BODOH SOMBONG ATAU PUN MEMANG RELA DI TIPU!

* Kalau rasa pengadil menipu, jadi pengadil sendiri la....
Memang Pok Su hormat pada pengadil, kerana mampu atau pandai jadi pengadil. Tapi kenapa perlu lakukan penipuan? Kenapa perlu cemarkan hobi ni gara - gara duit yang tak seberapa?
Kenapa perlu jatuhkan maruah sendiri?
Semurah tu ke harga diri kita?
Susah sangat ke nak jujur dalam pengadilan??
Faham ke tak erti perkataan PENGADIL? Bukan kah untuk mengadili?
Kecik - kecik tak mahu sekolah, bila besar menyusah kan orang pulak!

Pada awal post Pok Su lagi dah di beritahu yang akan ada yang sakit hati bila topik penipuan ni di tulis. Kalau kita tak menipu, kenapa kita nak marah?
Atau adakah pamain candik / peserta pertandingan di mana - mana negeri pun yang suka di tipu oleh sikap pengadil begini??
Kalau yang suka di tipu, lebih baik tak payah main burung candik.
Beli burung harga ribu - ribu, tapi rela di tipu...
Lebih baik sedekah duit tu, insyallah dapat pahala!!

Tak apa lah, alang - alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Dah terlanjur menulis, biar bongkar terus!! 
Biar panas bontot orang yang berkenaan!!


Wassalam...


No comments:

Post a Comment