PENGADIL DI SURUH MENIPU
Ada ke di suruh? Ada, jangan cakap tak ada. Dan pernah berlaku...
Tak berapa lama dulu ada satu pertandingan besar diadakan, area P**** P****. Burung yang sertai pertandingan agak ramai, beratus ekor.
Dah la kawasan pertandingan tu memang panas terik hari tu, tempat berteduh pula agak jauh.
Nak di jadikan cerita pada hari tu, pengadil ni telah menipu dengan cara menambah markah pad burung yang hanya memanggil saja, dan tak berbunyi / kukuk.
Memang adat, bila di pertandingan besar, peserta akan lebih emosi dan lebih memerhati setiap ekor burung.
Cuma yang agak bodoh nya, tuan burung meletak kan burung di penyangkut tepi padang dan bukan di tengah padang. Bila di tepi padang orang akan nampak. Lain lah kalau di tengah padang, orang tak mampu lihat kerana jauh.
Pengadil ni pun bodoh juga, kerana menambah markah, sedangkan ramai orang perhati. Jadi kecoh lah jawab nya!! Pengadil beritahu bila di tanya, ini burung penganjur / nebon. Dan dia di suruh menipu untuk burung tu.
Jadi apa jadi?? Penganjur di panggil, nak tau apa jawapan pengadil??
" AKU TAK SURUH PUN PENGADIL BAGI MARKAH PADA BURUNG AKU!! "
Kan dah haru biru? Siapa nak mengaku berak tepi jalan?
Mulai pada hari tu, pengadil ni terus pencen jadi pengadil, tak ada orang yang panggil dia lagi jadi pengadil. Kan dah jadi bodoh. Di pandang hina, jatuh maruah....
Inilah akibat kerana menipu. Lambat laung akan terdedah juga.
Nak menipu pun kena pandai, jangan ingat semua orang bodoh.
Tapi hakikat nya, pengadil disuruh menipu agak jarang menipu, walau memang ada yang berlaku. Cuma kisah ini berlaku depan mata Pok Su.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment