PENIPUAN PENGANJUR DALAM PERTANDINGAN
Ada kejadian berlaku pada hari raya haji terbaru lepas.
Berlaku di bon / padang area W**** B****.
Main pertandingan marathon.
Berlaku pada raya kedua, hari Sabtu.
Penganjur nya cina.
Penganjur ni pemain candik air suara.
Gini cerita nya....
Pada hari tu burung bertanding yang datang kalau tak silap 170 ekor lebih kurang.
Pertandingan macam biasa la, tipu sikit - sikit...
Yang jadi haru biru nya, burung yang akan dapat hadiah dalam nombor dan saguhati hanya di ambil sebanyak 25 ekor saja!!
Aturan pertandingan di situ ialah 25% @ 30% jumlah burung akan dapat hadiah.
Jika 25% erti nya jumlah burung akan dapat hadiah seramai 42 ekor.
Jika 30% erti nya jumlah burung akan dapat hadiah seramai 51 ekor.
Jadi cuba fikir, berapa ramai burung yang penganjur tipu??
Berapa banyak yang penganjur tu untung hari tu...
Pemain tak tau ke? Pemain tau, pemain kecoh, tapi penganjur buat bodoh saja la...
HA HA HA HA HA HA HA!!
Pok Su ingat Sabtu minggu depan nya pasti tak ramai orang yang datang main kat situ lagi.
Tapi apa jadi? Orang tetap datang ramai!!!!!!!
Jadi kesimpulan nya sekarang, kenapa orang tetap ramai datang?
BODOH ATAU SUKA DI PERBODOH KAN????
Jawab la sendiri.
Wassalam.
p/s.
Pok Su tak ingat dengan jelas berapa ekor burung pada raya kedua tu, tapi antara 170 - 180 ekor. Jumlah peratus juga Pok Su tak pasti kerana hari tu adalah hari pertama Pok Su main kat situ, dan sampai sekarang Pok Su dah haramkan burung Pok Su main situ.
No comments:
Post a Comment